Latihan Keusahawanan : Kursus Latihan Pengendali Makanan Siri 2/2020 PIM Daro
15 Mac 2020 | Aktiviti TerkiniAtas sambutan yang amat menggalakkan, Pusat Internet Daro meneruskan penganjuran Kursus Latihan Pengendalian Makanan bagi tahun 2020 iaitu untuk siri 2/2020. Seperti juga sebelum ini, PIM Daro menjalinkan kerjasama dengan Syarikat Latihan Pengendalian Makanan Sibu yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Kursus tersebut dilangsungkan pada 14 Mac 2020 bermula dari pukul 2.00 petang sehingga pukul 5.00 petang bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Daro. Penyertaan kali ini adalah seramai 26 orang usahawan Matu dan Daro yang bergiat di dalam bidang penyediaan makanan dan minuman.
Kursus dan latihan ini bertujuan:
1. Mendapat pengetahuan asas kebersihan dan keselamatan makanan.
2. Memiliki sijil dapat memenuhi kehendak perundangan.
3. Memenuhi keperluan ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT seperti DBKU, MBKS, MPP di Sarawak)
4. Mengenalpasti punca berlaku keracunan makanan dan kaedah mengelakkannya dari berlaku.
5. Memudahkan permohonan pengiktirafan (contoh: sijil Halal Jakim, Lesen Operasi, Sijil MeSTI, Sijil GMP dan Sijil HACCP)
Disebabkan kursus tersebut dijalankan semasa negara dalam situasi agar meruncing akibat penularan wabak Covid-19, atas saranan kerajaan, pihak Syarikat Latihan Pengendalian Makanan Sibu mengambil inisiatif pencegahan dengan mengambil berat keselamatan dan kesihatan setiap peserta kursus seperti menyediakan face mask dan hand sanitizer serta memberi penerangan tentang langkah keselamatan dan pencegahan awal.
Semoga dengan adanya kursus dan latihan seperti ini dapat melahirkan lebih ramai usahawan yang berjaya di daerah Daro dan daerah sekitarnya pada masa akan datang.
Di kesempatan pada hari itu juga, pihak PIM Daro turut menyelitkan slot bimbingan keselamatan internet melalui tayangan video KDB dan Advokasi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: